Borong Tudung Bawal Murah Online ♥ Tudung Murah Masjid India ♥ Tudung Murah Jalan Tunku Abdul Rahman ( Jalan TAR ) ♥ Tudung / Shawl / Inner Online ♥ Tudung Borong Murah ♥ Tudung Bawal Murah ♥ Borong Tudung Sabah / Sarawak ♥ Tudung Bawal Satin Mia Ahmad ♥ Tudung Bawal ala Adijuma
sms/wassap 0199857566

Thursday, 25 June 2015

INSTANT TWIST CROWN KRISTAL COTTON

INSTANT TWIST CROWN KRISTAL
COTTON

wasap 0199857566 untuk harga borong / diskaun


BAWAL PARIS BUTTON

BAWAL PARIS BUTTON

untuk response segera, sila WhatsApp 0199857566 untuk harga borong / diskaun


BAWAL DULL ORIGINAL CHENNEL

BAWAL DULL ORIGINAL CHENNEL

✿✿
✆  untuk response segera, sila WhatsApp ⇨ 0199857566 untuk harga borong / diskaun



Wednesday, 24 June 2015

Tudung/Shawl: Instant Ombak Rindu Crown

Tudung/Shawl:  Instant Ombak Rindu Crown
Borong 10pcs - rm230 / 20pcs - rm350
wasap 0199857566 untuk diskaun




Hijab EMMA By Emma Maembong - Gojes!


Retis kita ni dh la cantik.. dh berhijrah pakai tudung..
siap dh ada brand sendiri lagi..
hebat Emma Maembong sejak dah clash dengan Zizan Razak ni hehehe
Hijab EMMA By Emma Maembong
gojes!


Promosi Tudung Harga Borong Pemborong Tudung di Sabah dan Sarawak

Kami bersedia membekal tudung pada harga borong kepada mana-mana peniaga yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan pada harga yang terbaik.
Sejak kebelakangan ini, bisnes penjualan tudung semakin meningkat bak cendawan yang tumbuh selepas hujan. Perniagaan penjualan tudung ini berkembang pesat akibat mendapat permintaan yang terlalu tinggi oleh rakyat Malaysia terutama kaum hawa beragama Islam yang bertudung.
Tidak terkecuali penduduk yang tinggal di negeri Sabah Negeri Di Bawah Bayu iaitu di  Kota Kinabalu,  Sandakan,  Tawau,  Lahad Datu,  Keningau,  Putatan,  Donggongon,  Semporna,  Kudat,  Kunak,  Papar,  Ranau,  Beaufort,  Kinarut  serta  Kota Belud.
Bagi peniaga yang berada di Sarawak pula, boleh mula berniaga di  Kuching,  Miri,  Sibu,  Bintulu,  Limbang,  Sarikei,  Sri Aman,  Kapit,  Batu Delapan Bazaar  dan  Kota Samarahan.


Pemborong Tudung Murah Di Malaysia
Pelbagai Patern design Tudung untuk Borong


Mungkin ramai yang mengenali jenama rekaan tudung yang terbesar ini seperti tudung Fareeda, dan macam – macam lagi. Lihat saja bagaimana orang sanggup beratur menunggu kedai dibuka untuk mendapatkan tudung tersebut? Jenamanya cukup besar sehingga orang sanggup beratur berjam lamanya untuk mendapatkan tudung ini. Tapi tahukah anda bagaimana syarikat-syarikat tudung ini bermula? Mereka juga seperti anda yang langsung tidak mengetahui perniagaan atau bisnes tudung suatu ketika dahulu.
Jadi marilah kita sama-sama istikhomah dalam perniagaan, supaya terus maju dan berkembang seterusnya menghindari kehidupan yang dhaif dan miskin.
Tuhan tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha untuk berubah.

Nasihat Jack Ma, founder & Exec. Chairman of Alibaba Group Tentang Berniaga

Ikuti Nasihat Jack Ma, founder & Executive Chairman of Alibaba Group.
Bukan melayu je yang suka dengki sama sendiri ye, kaum lain pon sama je,...
cuma kat Malaysia ni melayu yang obvious ada sikap PHD ni.. hehehe..

Jack Ma once said, 'When Selling to close friends and family, no matter how much you're selling to them, they will always feel you're earning their money, no matter how cheap you sell to them, they still wouldn't appreciate it.'
There will always be people who do not care about your Costs, Time, Effort, they rather let other people cheat them, allowing others to earn, then supporting someone they know. Cause in their heart, they will always be thinking, 'How much did he earn from me?' instead of "How much did he SAVE/MAKE for me?"
This is a classic example of a poor person's mentality!
How did the rich people become rich? One of the main reason is because they are willing to SUPPORT their associates business, taking care of one another's interests thus naturally they get back more.
Your Friends will in turn support you, thus the circle of wealth continues to grow and grow!
Simple Logic, you will start to get rich once you understand it.
Jack Ma on Sales: 'When doing Sales, the first people who will trust you will be Strangers, Friends will be shielding against you, fair-weather friends will distance from you. Family will look down upon you.'
The day you finally succeed, paying the bill for every get-together dinner, entertainment, you will realised: Everyone else is present except the Strangers.
Do you get the meaning of this?
We need to treat our dear Strangers better! And even more so to Friends who know what you are doing and yet still SUPPORT you!
Let us treat STRANGERS who buys from us better from today. They are your BEST customers!

Thursday, 18 June 2015

IKTIBAR PADA SEMUA: Kisah Isteri Curang gara-gara Bisnes Tudung Online

Kisah Isteri Curang gara-gara Bisnes Tudung Online


Gambar Hiasan.



Hari ini aku harus berterus-terang. Luahkan segalanya pada suami.


Aku nak minta dia lepaskan aku. Ceraikan.


Ding!

Mesej masuk di Whatsapp.

“Awak jangan risau. Saya janji akan bahagiakan awak. Kuatkan hati, kuatkan tekad. 
Tak guna hidup bersama kalau dah tak cinta.”

Mesej dari pemuda yang sudah 6 bulan ku kenali. Tua dua tahun dariku. Bermula kenal 
dari Instagram bisnes tudungku. Dia tawarkan diri untuk jadi jurugambar professional. 
Kerja sebenarnya, arkitek di sebuah syarikat ternama. Hasil dari gambar-gambar 
cantik yang diambilnya, bisnes tudung makin bertambah maju. Dalam masa 4 bulan, 
sudah mampu bayar deposit kereta baru.

Dari hanya bisnes, akhirnya hubungan kami jadi rapat. Suamiku langsung tiada 
syak wasangka. Sangkanya cuma rakan perniagaan. Suami sendiri kenal 
pemuda itu. Malah, dia sendiri yang hantar dan ambilku ke studio untuk photoshoot.

Dalam diam, pemuda itu meluahkan rasa cintanya padaku. Aku pada mulanya berat 
untuk menerima. Status ‘isteri orang’. Namun, lama-kelamaan aku mengakui punya 
rasa yang sama dengannya. Cinta tidak bertepuk sebelah tangan. Katanya, dia 
kagum dengan kecantikan dan kelembutanku. Matang dalam berfikir, bijak dalam 
bisnes.

Bernikah seawal umur 21. Hayat perkahwinanku dah menginjak tangga lima 
tahun. Dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Suamiku kerjanya biasa saja. 
Seorang despatch. Itulah kerjanya sejak awal bernikah sampai sekarang. 
Kadang-kadang kerjanya itu sampai ke petang. Kadang sampai ke malam 
andai ada masalah. Semua kiriman dan surat perlu sampai tepat pada masa.

Suamiku itu umumnya baik. Tapi, selalu kami bertengkar juga. Masalah dia terlalu 
sibuk. Tiada masa untuk anak dan keluarga. Balik lewat petang, dah sangat penat. 
Nak buat overtime lagi. Katanya nak cari duit lebih, nak beli rumah. 
Tak mahu lagi menyewa. Tiga empat bulan ni, dia struggle untuk tujuan tu. 
Banyak kali dia balik rumah, aku dah tertidur pun. Aku pula cuma suri rumah 
yang ada bisnes tudung di internet. Akhir-akhir ni, pendapatanku lebih lumayan 
berbanding suami. Minggu lepas kami bergaduh besar. Dia sangka aku nak 
menunjuk-nunjuk aku lagi lebih darinya; nak tunjuk aku dah ada duit, so aku 
nak belikan segalanya dalam rumah. Hatta kepada kereta pun. Dia rasa kecil hati 
tak pasal-pasal. Malas aku nak bertekak. Tension bila niat baik disalahfahami. 
Pertengkaran berlanjutan.

Bila aku stress, aku adukan masalah pada pemuda si jantung hati. Dia sangat 
memahami. Malah, mampu menenangkan aku. Aku rasa damai di sampingnya.

Malam ni aku tekad. Aku nak bercerai.


Aku tunggu dia balik kerja. Lambat sangat sampai aku tertidur.

Bila bangun, dia tak ada di sebelah. Aku tengok motornya dah ada di parkir.

Aku melangkah ke bilik anak. Nampak pintu sedikit terbuka. Ternampak kelibat 
suamiku di dalam. Aku mematikan langkah sekadar di luar pintu. Aku menantinya 
keluar dulu dari bilik anak. Tak mahu anak terdengar nanti. Berdiri di sisi dinding 
bilik anak. Telingaku terdengar anak dan ayah sedang berbual. Menangkap 
jelas segala tutur kata.

“Ayah, kenapa ayah asyik cerita pasal Nabi Muhammad saja?”

Si ayah tersenyum menjawab,

“Sebab ayah nak anak ayah ni tiru Nabi. Tak ada cerita yang terbaik selain 
cerita Nabi. Buku cerita lain hanya berkisar tentang fantasi, fairytales. Sedangkan
 tu semua tak wujud. Khayalan. Namun, Nabi kita wujud di realiti. Malah, menanti
 umatnya di akhirat kelak. Hero kamu bukan ayah, bukan watak-watak komik 
cerita fantasi. Hero kamu adalah Nabi Muhammad. Bukan sekadar bedtime stories.

Ayah tak tahu banyak, jadi ayah bacakan saja dari buku Biografi Nabi Muhammad ni. 
Dulu, ayah belajar setakat STPM saja. Ayah tak pandai. Ayah orang miskin.

Tak ada siapa pun ceritakan tentang Nabi secara terperinci pada ayah. 
Atok pun tak pernah. Jadi, ayah tak nak kamu jadi macam ayah. 
Ayah nak kamu jadi dewasa untuk jadi seperti Rasulullah. Berjaya di dunia 
dan akhirat. Andai suatu hari kamu tak berjaya di dunia sekalipun, kamu miskin 
sekalipun. Harapnya kamu tak miskin agama. 
Pegang kuat apa yang ayah cakap ni, ya?”

Si anak mengangguk. Senyum.

“Malam ni, ayah nak pesan apa-apa sebelum saya tidur?”

Si ayah menjawab ringkas,

“Ada. Ada seorang ustaz kata, kita kena berinteraksi pujuk anggota badan 
kita sendiri. Motivasi anggota badan supaya tak buat benda-benda tak elok.”

“Macam mana tu, ayah?”

“Misalnya, ambil masa seminit dua, sambil gosok tangan, cakap pada tangan, 
‘Hei tangan, hari ini jangan buat maksiat tahu. Allah nampak.’ ‘Hai kaki, 
hari ni kita melangkah ke masjid ya.’ Usap mata pula dan kata, ‘Wahai mata, 
hari ni nak melihat yang baik-baik saja. Nak tundukkan pandangan.’ 
Beritahu dengan seluruh anggota badan yang selalu buat benda tak baik, 
‘hari ini, kena takut pada Allah. Jangan buat maksiat, okay?’.”

Si anaknya tersenyum.

“Jadi, saya kena beritahu mata saya, ‘Wahai mata, hari ni jangan tengok 
kartun banyak sangat. Tengoklah Al-Quran!’”

“Pandainya anak ayah!”

Si ayah mencium dahi anaknya.

“Dah, tidur ya? Baca doa tidur sama-sama. Allahumma Bismika Ahya Wa Amut. 
Ya Allah, dengan nama-Mu aku hidup dan aku mati. Amin… Baiklah. 
Jumpa malam esok pula.”

Si ayah bangun dan nak keluar bilik. Tiba-tiba tangan si ayah digapai si anak. 
Menangguh langkahnya.

“Ayah sayang saya tak?”

Ayahnya tersenyum.

“Sayang sangat.”

“Sayang umi tak?”

Ayahnya tersenyum lagi.

“Sayang. Lebih dari kamu tahu.

Saat ayah tiada apa-apa dalam hidup, umimu itu sanggup terima ayah jadi suaminya. 
Baik kan hati ummi?

Sayang ayah pada umi, sampai menutup mata. Sampai akhirat sana.”

Anaknya tersenyum lebar sampai terlelap.

**
Suamiku melangkah keluar bilik.

Langkahnya terhenti.

Aku menanti di luar bilik. Basah sudah pipi ini dengan air mata. 
Mengalir tanpa henti. Sungguh hati ini terusik sangat dalam. Aku tak tahu pun 
suamiku itu setiap malam berada di sisi anak bercerita tentang Rasulullah s.a.w.. 
Selama ini, ku sangka suami itu langsung tidak peduli.

Sungguh, aku khilaf!

Ku capai tangan suami. Ku salami tangan kasar itu.

“Awak ok ke?”

Suami kaget seketika.

“Maafkan saya, abang. Maafkan saya. Selama ini, saya curang dengan abang. 
Saya isteri derhaka. Maafkan saya. Ampunkan saya, bang.”

Suami mengusap ubun-ubun kepalaku.

“Abang dah lama tahu… Abang maafkan..”

Suamiku itu senyum. Tapi, ternyata ada hambar di wajahnya.

“Awak cinta lelaki cameraman tu? Kalau awak cinta dia dan dah tak cinta abang, 
abang rela korbankan kebahagiaan abang demi melihat awak bahagia.”

Kerana terpaksa, dia relakan. Rela lepaskanku. Bagai nak luruh jantungku 
ketika itu. Menggigil tangan. Seram sejuk. Aku yang tadi rasa diri kuat 
nak minta cerai, sekarang dah kaku terus. Tak berdaya. 
Dalam terketar-ketar, ku kuatkan hati. Sebak mencengkam rasa. 
Air mata tak daya diseka.

“Tak nak…tak nak..Saya nak abang seorang je…Nak ke Syurga dengan abang…
bawa anak kita sama..”

Lantas suamiku itu tersenyum. Kali ini riaknya ikhlas riang.

Tumpah air mata lelakinya di hadapanku.

“Jangan ulang lagi…Hargai abang..boleh?”

Ringkas saja tuturnya dalam sebak bicara sama.

Rupa-rupanya dia naik angin dan bertengkar bukan kerana aku ada duit banyak, 
ada duit lebih. Tak, dia marah dan sakit hati bila dapat tahu tentang aku dan 
pemuda itu. Disembunyikan sedaya boleh.

Aku mengangguk mengiyakan.

“Tak kisah suami awak ni miskin? Tak kerja best?”

“Tulusly, tak kisah!”

***
Mesej Whatsapp masuk. DP pemuda kacak. Si cameraman merangkap arkitek.

“Macam mana? Dah selesai?”

Aku membalas ringkas mesej itu.

“Maaf. Saya putuskan untuk memilih setia. Kita selesai di sini. Lepas ni, suami saya 
sendiri yang akan jadi cameraman.”

Mesej masuk lagi.

“Tapi..tapi…kita kan sama-sama menyintai! Dah janji sehidup semati!”

Aku terus tekan uninstall Whatsapp. Buang sim. Patahkan.

Depan suami.

Dalam hati, enggan lagi melukai. Insan yang lama setia di sisi.

Enggan kerana indahnya mahligai harapan yang belum jadi kenyataan, setia 
sanggup ku korbankan.

Tudung Bawal Satin Bunga & Leopard serta Tudung Bawal Dull Satin Tone yang laju di pasaran


Tudung Bawal Satin Bunga & Leopard



Tudung Bawal Dull Satin Tone

Kedua-dua patern tudung bawal ini mendapat perhatian dan permintaan tinggi daripada peruncit sepanjang may/june 2015.

Tips Memilih Tudung


8 Langkah Mudah Cara Pakai Tudung Bawal Macam Shawl


Walaupun pelbagai fesyen tudung mahupun hijab yang boleh ditemui sekarang, populariti tudung bawal atau tudung segi empat ini masih lagi kekal sehingga kini. Malah, ramai fesyenista Muslimah yang mencintai tudung klasik ini telah memberikan idea yang sangat kreatif dalam menggayakan tudung bawal seperti memakai selendang.


Sekiranya anda beralih dan bertukar menjadi seorang pencinta selendang daripada seorang pemakai tudung bawal, jangan buang koleksi tudung tersebut kerana ia juga boleh digayakan seperti memakai selendang. Tutorial pada kali ini akan menunjukkan kepada para Muslimah di luar sana cara lain menggayakan tudung bawal seperti selendang. Ia bukan sahaja mudah, malah mengambil masa yang ringkas dan hasilnya juga amat menakjubkan! Tidak perlu membuang masa lagi, mari kita lihat cara-caranya
Antara perkara yang diperlukan:
  1. Tudung bawal ataupun segi empat (bercorak atau kosong)
  2. Inner neck atau anak tudung
  3. Jarum peniti
  4. Pin kerongsang

Langkah-langkah:

8 Langkah Mudah Dan Kreatif Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang 1
  • Letakkan tudung bawal atas kepala dan mulakan dengan langkah asas memakai selendang iaitu membahagikannya kepada bahagian yang panjang dan pendek. Terpulang kepada anda untuk menentukannya sama ada di sebelah kiri atau kanan. Kemudian sematkan kerongsang di bawah dagu.
Langkah Mudah Dan Kreatif Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang 2
  • Seperti di dalam gambar, ambil bahagian hujung tudung yang panjang dan bawakan ke sebelah kiri sehingga ke bahagian atas kepala anda.
Langkah Mudah Dan Kreatif Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang 3
  • Lilitkan dengan kemas dan pastikan tiada kedutan mahupun lipatan untuk hasil yang cantik. Pastikan lilitan itu tidak terlalu ketat dan longgar untuk keselesaan anda. Kemudian, sematkan jarum peniti di bahagian atas kepala.
Langkah Mudah Dan Kreatif Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang 4
  • Sebelum ke langkah seterusnya, betulkan alunan selendang yang terbentuk untuk efek yang cantik dan kemas. Ambil bahagian belakang tudung bawal dan bawa ke bahagian hadapan. Rujuk gambar untuk lebih faham.
Langkah Mudah Dan Kreatif Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang 5
  • Pada langkah ini, anda harus mendapat hasil seperti di dalam gambar. Anda bolehlah betulkan-betulkan alunan yang terbentuk tadi untuk efek yang lebih kemas dan cantik. Setelah puas hati, sematkan jarum peniti di bahagian kedua-dua tepi kepala dengan kemas.
Langkah Mudah Dan Kreatif Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang 6
  • Pada langkah ini, satu lipatan akan dilakukan untuk mencantikkan visual gaya tudung ini. Seperti di dalam gambar, ambil bahagian hujung tudung dan bawa ke bahagian belakang kepala.
Langkah Mudah Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang 7
  • Kemaskan dan kemudian sematkan jarum peniti dengan kemas.
Langkah Mudah Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang 8
  • Kemaskan tudung dan alunannya sebagai langkah terakhir anda.
Langkah Mudah Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang 9
  • Voila! Inilah hasil terakhir gaya ini. Menarik dan kelihatan menawan bukan? Cubalah sendiri!
Melihat kepada gaya ini, tiada sesiapa sangka yang ia menggunakan tudung bawal, bukannya selendang. Sedikit sukar untuk dipercayai, tapi percayalah hanya dengan sehelai tudung bawal ataupun tudung segi empat ini anda juga mampu tampil bergaya dan eksklusif seperti memakai selendang.
Gaya yang menarik ini juga bersesuaian dipakai ke mana-mana jua pada bila-bila masa. Sekiranya anda memutuskan untuk menggayakannya di majlis-majlis istimewa, hanya tambahkan penggunaan aksesori seperti rantai untuk menyerlahkannya. Pelbagai koleksi jarum peniti yang menarik dan cantik juga boleh di dapati dengan mudah di mana-mana pada hari ini. Hanya pilih dan kemudian gunakan pada gaya tudung ini. Itu sudah cukup untuk menyerikan penampilan anda. Sekiranya anda menggunakan tudung bawal yang bercorak, pastikan anda bijak memilih aksesori tambahan agar tidak kelihatan serabut dan mencacatkan penampilan akhir anda.

Tips Pemakaian tudung mengikut kesesuaian muka


1. Bentuk Oval / Bujur
Bentuk muka yang ideal untuk setiap jenis tudung. Si bentuk muka Oval ni tidak perlu risau tudung apa yang sesuai dengan mereka. Dengan sedikit sentuhan akan menampakkan si bentuk muka oval ini kelihatan anggun. Mereka juga boleh memilih untuk memakai ataupun tidak anak tudung.


2. Bentuk Kotak / Petak
Bentuk muka kotak mempunyai tulang rahang yang jelas kelihatan tetapi dagu kelihatan samar. Dalam mengenakan tudung, tulang rahang dapat disembunyikan disebalik tudung dengan menggunakan hairband supaya muka akan kelihatan memanjang. Gaya selendang lilitan adalah amat sesuai kerana ia boleh menyembunyikan tulang rahang.

3. Bentuk Panjang
Bentuk muka panjang mempunyai ciri seperti dagunya panjang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening. Penggunaan tudung Syria amat bersesuaian dengan muka panjang. Amat sesuai memakai semua jenis selendang.
4. Bentuk Segi Tiga 
Bentuk Segi tiga mempunyai dagu yang panjang dan jarak pelipis yang lebar berbanding jarak pangkal rahang. Penggayaan tudung yang di tarik ke belakang tengkuk bagi menampakkan rahang kelihatan terbuka adalah amat bersesuaian dengan muka segi tiga. Untuk mengisi ruang kosong di sebelah kiri dan kanan, disarankan menggunakan anak tudung hairnet. Bagi menampakkan kening terangkat sedikit, gunakan hairband sebelum anak tudung. Penggayaan selendang seperti gaya pintalan dan gaya sanggul adalah lebih sesuai kerana ia menampakkan rahang lebih kelihatan terbuka.
5. Bentuk Bulat
Wanita yang mempunyai wajah berbentuk bulat mempunyai ciri jarak dahi ke dagu sama jarak dengan kedua pelipis serta tulang rahang nampak dibahagian pipi. Mereka yang berbentuk bulat disarankan menggunakan hairband terlebih dahulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung yang mempunyai ciri2 anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilihlah fabrik selendang yang nipis seperti pasmina nipis dan mini. Disarankan menggunakan anak tudung bawal supaya muka kelihatan bujur.