Borong Tudung Bawal Murah Online ♥ Tudung Murah Masjid India ♥ Tudung Murah Jalan Tunku Abdul Rahman ( Jalan TAR ) ♥ Tudung / Shawl / Inner Online ♥ Tudung Borong Murah ♥ Tudung Bawal Murah ♥ Borong Tudung Sabah / Sarawak ♥ Tudung Bawal Satin Mia Ahmad ♥ Tudung Bawal ala Adijuma
sms/wassap 0199857566

Thursday 18 June 2015

Tips Pemakaian tudung mengikut kesesuaian muka


1. Bentuk Oval / Bujur
Bentuk muka yang ideal untuk setiap jenis tudung. Si bentuk muka Oval ni tidak perlu risau tudung apa yang sesuai dengan mereka. Dengan sedikit sentuhan akan menampakkan si bentuk muka oval ini kelihatan anggun. Mereka juga boleh memilih untuk memakai ataupun tidak anak tudung.


2. Bentuk Kotak / Petak
Bentuk muka kotak mempunyai tulang rahang yang jelas kelihatan tetapi dagu kelihatan samar. Dalam mengenakan tudung, tulang rahang dapat disembunyikan disebalik tudung dengan menggunakan hairband supaya muka akan kelihatan memanjang. Gaya selendang lilitan adalah amat sesuai kerana ia boleh menyembunyikan tulang rahang.

3. Bentuk Panjang
Bentuk muka panjang mempunyai ciri seperti dagunya panjang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening. Penggunaan tudung Syria amat bersesuaian dengan muka panjang. Amat sesuai memakai semua jenis selendang.
4. Bentuk Segi Tiga 
Bentuk Segi tiga mempunyai dagu yang panjang dan jarak pelipis yang lebar berbanding jarak pangkal rahang. Penggayaan tudung yang di tarik ke belakang tengkuk bagi menampakkan rahang kelihatan terbuka adalah amat bersesuaian dengan muka segi tiga. Untuk mengisi ruang kosong di sebelah kiri dan kanan, disarankan menggunakan anak tudung hairnet. Bagi menampakkan kening terangkat sedikit, gunakan hairband sebelum anak tudung. Penggayaan selendang seperti gaya pintalan dan gaya sanggul adalah lebih sesuai kerana ia menampakkan rahang lebih kelihatan terbuka.
5. Bentuk Bulat
Wanita yang mempunyai wajah berbentuk bulat mempunyai ciri jarak dahi ke dagu sama jarak dengan kedua pelipis serta tulang rahang nampak dibahagian pipi. Mereka yang berbentuk bulat disarankan menggunakan hairband terlebih dahulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung yang mempunyai ciri2 anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilihlah fabrik selendang yang nipis seperti pasmina nipis dan mini. Disarankan menggunakan anak tudung bawal supaya muka kelihatan bujur.

No comments:

Post a Comment